Roger Mitton, seorang wartawan
serantau di Phnom Penh Post, Kemboja menulis artikel bertajuk, ‘Urusniaga kapal selam menghantui PM
Malaysia’. Untuk seorang wartawan mengulangi
skrip yang telah dibatalkan oleh penulis asal, Raja Petra Kamaruddin (RPK)
amatlah menyedihkan.
RPK, seorang yang kurang stabil,
pengecut dan juga pelarian mengangkat dirinya sebagai manusia berintegriti dan
seorang wira, telah pun membuat pengakuan terbuka bahawa beliau hanya
mengada-ngadakan kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan
Altantuya. Pembunuhan itu juga telah pun
dibawa ke mahkamah dan tiada satu pun bukti yang dapat mengaitkan apa-apa
dengan PM mahupun kapal selam yang dibeli.
Tetapi jelaslah, bahawa ada pihak
yang masih dihantui dengan kisah ini, atau mungkin juga dengan ‘jawatan PM’
serta enggan mengakui bahawa tiada apa-apa yang pelik di belakang pembelian
kapal selam dan bahawa kisah pembabitan PM dalam pembunuhan hanyalah merupakan
fitnah terang-terangan.
Lucu bila memikirkan Mitton
mempunyai pengetahuan yang lebih sedikit dari RPK, penulis skrip asal
sendiri. Contohnya, beliau tahu bahawa
Altantuya telah dirogol sebelum tubuhnya hancur diletupkan.
Jika kita mempunyai tahap
imaginasi yang tinggi sepertimana Mitton, kita akan menyangka bahawa Mitton
sebenarnya terlibat dalam pembunuhan itu.
Ini dapat menjelaskan bagaimana beliau tahu secara terperinci bahawa
wanita tersebut telah dirogol dan apakah yang dibualkan oleh Altantuya dengan
Razak Baginda sebelum dibunuh, sedangkan Mitton hanya bertemu Razak sekali atau
dua kali sebelumnya.
Tetapi, Mitton tidak dapat
menulis kisahnya dengan tepat. Artikel
beliau agak mengelirukan dan pembaca gagal mengenalpasti sama ada Altantuya
adalah perempuan simpanan Razak dan bagaimana beliau terlibat dengan PM. Dan kita dapat mengesan bahawa Mitton agak
berhati-hati dengan menyebut jumlah harga kapal selam secara jangkaan, mungkin
kerana tidak mempunyai maklumat terperinci.
Pastinya beliau tidak mempunyai maklumat terperinci kerana jumlah rasuah
yang didakwa sering berubah-rubah dalam setiap versi kisah ini.
Bagaimamnapun, versi yang paling
popular ialah bahawa rasuah tersebut berjumlah EURO 114.96 juta dibayar kepada
Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat milik sama ada Razak, atau isterinya atau
isteri PM atau sesiapa jua yang mana SUARAM sendiri, iaitu juara isu scorpene
ini, pihak pembangkang dan Mitton sendiri tidak dapat pastikan, walaupun mereka
begitu pasti tentang semua perkara lain.
Satu-satunya versi yang tidak berubah
ialah yang diperjelaskan oleh PM dan kerajaan di dalam parlimen. Faktanya ialah Perimekar Sdn Bhd adalah
syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad
dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd. Dan Perimekar tidak menerima apa-apa komisen atau
rasuah dari DCNS tetapi hanya menerima bayaran bagi perkhidmatan sokongan dan
penyelenggaraan yang diberikan mereka.
Kita harap agar Mitton tidak cuba
untuk membandingkan kos kehidupan di Kemboja dengan Eropah, terutamanya
Perancis. Melihat dari angka ‘rasuah’
iaitu EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta mengikut tarikh kontrak iaitu 5 Jun
2002, congakan rambang akan menunjukkan bahawa EURO 85 juta adalah kos hangus
untuk operasi, sementara EURO 26 juta adalah kos ‘overhead’. Justeru, Perimekar hanya mampu membuat untung
sebanyak lebih kurang EURO 3 juta sahaja.
Jika kesemua RM410.27 juta
tersebut dibayar sebagai rasuah kepada PM, Razak atau sesiapa jua, bagaimakah
agaknya Perimekar mampu terus wujud sedangkan mereka perlu menanggung semua kos
di atas? Apakah Mitton ingin berhujah
bahawa mereka beroperasi secara percuma?
Mungkin Mitton tinggal di Kemboja
terlalu lama dan amat mendambakan sebuah kisah yang menarik. Kita tidak menyalahkan Mitton untuk cuba menghapuskan
kebosanannya. Tetapi, kita dapat melihat bahawa
Mitton adalah seorang penulis fiksyen yang baik. Selepas menulis artikel yang begitu
menyedihkan ini, penulis harap Mitton akan memikirkan secara serius tentang
menceburi bidang penulisan fiksyen.
Sekurang-kurangnya beliau akan dipuji kerana menulis fiksyen yang baik
daripada diketawakan kerana menulis laporan berbentuk fiksyen.
Bagaimanapun, sedikit kredit
perlu diberikan kepada Mitton kerana kini kita menyedari akan kewujudan akhbar
bernama ‘Phnom-Penh Post’.
No comments:
Post a Comment