Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim
tidak nyenyak tidur kebelakangan ini. Punca utamanya ialah kerana
kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang
hasil. Ini amat mengecewakan Anwar dan
kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat.
Mereka mengharapkan kerajaan BN
akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula
bertambah menurun. Apa yang berlaku ialah
sebaliknya; sokongan rakyat kepada pimpinan Datuk Seri Najib menunjukkan
lonjokan yang memberangsangkan, malah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh
beliau semuanya diterima baik oleh setiap peringkat masyarakat.
Anwar mahu melihat rakyat
memboikot program-program anjuran kerajaan tetapi apa yang berlaku rakyat
semakin menaruh keyakinan terhadap keikhlasan kerajaan membantu meringankan
bebanan hidup mereka terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini.
Anwar pening kepala bagaimana
hendak berdepan dengan populariti BN dan Perdana Menteri yang sudah pulih dan
semakin meningkat semenjak pilihan raya umum 2008 dahulu. Parti pimpinannya dalam keadaan
kucar kacir; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang dalam siasatan kerana
didakwa memiliki harta, wang tunai dan aset yang jauh lebih besar daripada
kemampuannya sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar satu ketika dahulu.
Rakyat biasa pun boleh membuat
kesimpulan sendiri bagaimana Azmin yang bergaji kira-kira RM2,400 sebulan boleh
mengumpul khazanah menimbun melebihi RM30 juta. Itu harta yang diketahui,
bagaimana pula dengan aset lain yang disembunyi?
Kalau anak buah pangkat rendah
sudah boleh menjadi hartawan setakat menjadi setiausaha sulit, bagaimana pula
simpanan harta bosnya pula?
Anwar juga pening memikirkan masa
depan politik anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai. Sejak memenangi kerusi parlimen
itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yangg di bawa oleh Nurul Izzah di
Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu.
Semua pembangunan yang wujud di
kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai
bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah
Pantai.
Nurul Izzah gagal sebagai wakil
rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan
di situ.
Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah
hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh
Anwar.
Bagaimana pun perasaan kasih
sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa
sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu.
Kira-kira dua bulan dahulu,
semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu
akan ditandingi.
Sebenarnya niat Anwar ialah untuk
melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul
Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.
Ini kerana beliau melihat PKR
akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi
calon di situ.
Pengundi Lembah Pantai
menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan
beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.
Nibong Tebal diwakili oleh ahli
parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar,
sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas.
Untuk menyelamatkan anaknya,
kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu.
Apa hal pun Anwar mesti selamatkan
keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin
PKR yang lain.
ends
No comments:
Post a Comment