Saat ini soldadu-soldadu pro Mat
Indera Komunis sedang bertempik sakan konon kata mereka bagi meraikan
kemenangan moral yang pertama selepas salah seorang pengadu dalam isu Bukit
Kepung, Visva Nathan menarik semula laporan polis terhadap Mat Sabu.
Isunya mudah tak perlu berbelit.
Bekas pesara polis tersebut membuat laporan mendakwa Mat Sabu memburukkan nama
baik anggota polis dan keluarganya berikutan ceramah Mat Sabu mengangkat Mat
Indera Komunis sebagai hero kemerdekaan.
Tapi disebabkan perkataan komunis
tidak disebut secara nyata dalam ceramah tersebut, maka pihak-pihak tertentu
mempunyai sedikit kelebihan untuk manipulasikannya mengikut kepentingan yang
diwakilinya. Hakikatnya, fakta sejarah
menjelaskan Mat Indera telah mengetuai segerombolan anggota komunis dan
terlibat secara langsung menjayakan serangan ke atas Balai polis Bukit Kepong
juga dikenali sebagai Rumah Pasung.
Manakala Mat Sabu secara sedar
menyebut dan menerima serangan yang diketuai oleh Mat Indera komunis itu
sebagai tindakan betul dan dianggap sebagai wira kemerdekaan. Manakala anggota
polis yang mempertahankan Balai Polis tersebut ditakwilkan konon berada di
pihak yang salah.
“Bila hari merdeka nanti,
tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang)
serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu..
tetapi semua sejarah tu ditutup".
"Jins Shamsudin buat filem,
Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat,
polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh
British".
"Tapi di buat filem yang
hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua
penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping”. –
(Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)
- Mat Sabu mengakui Mat Indera
adalah ketua penyerang Bukit Kepong
- Penyerang Bukit Kepong (yakni
komunis) adalah pejuang kemerdekaan
- Filem Bukit Kepong mengangkat
polis sebagai hero
Sementara realiti sejarah
membabitkan Mat Indera pula ialah;-
- Mat Indera mengetuai sepasukan
200 orang pengganas komunis menyerang
Balai Polis Bukit Kepong.
- Mat Indera adalah pemimpin
kanan dalam Regimen ke-10 Komunis
- Ribuan orang Melayu Islam dan
Cina menjadi mangsa keganasan komunis
- Ideologi komunis menolak
ketuhanan, manakala agama dianggap sebagai candu kehidupan
- Komunis di Tanah Melayu
bermatlamat mendirikan Republik Komunis seperti republik komunis Soviet Union
dan negara Cina
- Selepas kematian Mat Indera,
komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah tiada di Tanah Melayu
Di bandingkan semua point di
atas, kesimpulannya Mat Indera adalah salah seorang yang memegang kepercayaan
pada ideologi komunis. Malah dalam buku tulisan bekas
ketua komunis Melayu, Abdullah CD "Memoir Abdullah CD (Bahagian
Kedua)" secara jelas menyebut Mat Indera adalah salah seorang pemimpin
kanan dalam pasukan komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.
Sekalipun ada cerita mendakwa Mat
Indera adalah seorang yang alim, bukanlah satu kekecualian untuk memaafkan
kekejaman komunis yang diketuai oleh Mat Indera sewaktu serangan ganas mereka
di Bukit Kepong. Lagipun, alim atau ulamanya
seseorang, tidaklah pula menyebabkannya kebal dari gangguan iblis dan syaitan
yang sentiasa menyeru kepada kejahatan.
Bukankah ada kisah seorang alim
akhirnya masuk neraka dek kerana teruja melihat sang iblis yang menyamar
sebagai alim yang khusyuk beribadah kepada Allah s..w.t?
Nota: Kamus Dewan Edisi Keempat:
rumah pasung; i. balai polis ii. rumah
tempat menahan orang salah
No comments:
Post a Comment