WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar, artikel
Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang secara
jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk
mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman
seluruh rakyat kita.
Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk Seri
Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki nombor
tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu
penghinaan yang dibuat secara terang.
Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu
diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak
lebih RM 500,000? Tidak terfikirkah oleh
Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor
tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama
jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?
Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor tersebut
kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.
Isu initidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh melayu
derhaka bernama Nizar Jamaludin. Entah
apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu menghasut
rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian kalinya
dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.
Kali pertama sudah tentulah ‘sembah derhaka’nya ketika mempertikai
tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak
pada 2009.
Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian ini
dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar sama
sekali. Kalau diikuti betul-betul
Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana
menggunakan ‘wang rakyat’ sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.
Sedangkan hakikatnya Sultan Johor
tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk tujuan
itu. Mesej inilah yang disampaikan
Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar mula menjadi
isu nasional.
Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan.
Komen-komen dan pandangan negatif seumpama inilah yang mahu diterapkan
Nizar di pemikiran rakyat Malaysia. Ini
hanya permulaan kepada agenda yang lebih besar iaitu menubuhkan sebuah Republik
Malaysia.
Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara ini
semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki
kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal
negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.
Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu menerima
sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak dipedulikan. Yang depa tahu, asal ibu bapa warganegara
Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.
Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti menghina
sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir ‘melayu sesat’ sebagai
kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.
Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup jadi
alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan
Malaysian Malaysianya.
Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya. Peluang dan kesempatan dari kebebasan
menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut
pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan
melalui tindakan seumpama ini.
Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya
mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh.
Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan
lebih kepada penghasut.
"Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh. Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut..." Sebagai RAKYAT MALAYSIA yg prihatin, kita sewajarnya memberi cadangan2 utk PENAMBAIKAN dlm semua aspek bukannya hanya tahu mengkritik mcm tin kosong... Apa ada pada nama, jk sebarang cadangan utk kebaikan bersama... ;-)
ReplyDeleteorang penakut mcam tu la...
ReplyDelete