Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan, maka suka penulis menyatakan bahawa mereka berkata benar. Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu. Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.
PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya. PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya. Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP, MCA atau Gerakan. Dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS, Melayu UMNO dan Melayu PKR.
Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan ‘Ketuanan Cina’. Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara.
Namun, dengan ‘perubahan’ yang berlaku ini, inilah diseru agar semua pihak yang bijak, waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit. PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi Islam, PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan. UMNO dan MIC juga tidak perlu lagi berpura-pura percaya kepada kepura-puraan MCA dan Gerakan. Ayuhlah kita semua berjuang atas kebenaran yang sebenar-benarnya.
Hari ini, BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk ‘senyap’ sahaja. PKR bagaimanapun, memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan.
Dan yang masih belum pasti hala tujunya adalah DAP. Di kala pemimpin DAP yang menang PRU sudah mengangkat sumpah dan menafikan menyokong himpunan haram, anak muda Cina totok DAP pula terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU.
Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan ialah, mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan. Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.
DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah ‘mengenali’ mereka. Rata-rata, ancaman mereka dengan menggunakan label ‘rasis’ terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya. Malah, ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi. Ini kerana, setiap kali mereka menuduh orang lain rasis, setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.
Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa ‘holocaust’. Sedangkan, semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.
Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan ‘rahsia’ DAP.
Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan ‘ketelusan’ seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan. Justeru, apabila Karpal mengakui bahawa DAP mempunyai ‘rahsia’, segala hipokrasi DAP pun terbukti.
Tidak cukup dengan itu, Karpal juga mengugut akan mengambil tindakan ke atas Tunku Aziz sekiranya ‘rahsia’ itu didedahkan kepada umum.
Apa yang pasti, ‘rahsia’ DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat. Jika tidak, kenapa DAP perlu merahsiakannya?
Jadi, kita ingin bertanyakan kepada Karpal Singh, di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP, jika parti sendiri penuh dengan rahsia? Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman, didenda, diugut dan diancam?
Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat. Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.
Seperti yang dikatakan di atas, politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan ‘berterus-terang’ selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju. Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik, telus, bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.
Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri ‘kebenaran’ manakah yang mereka mahukan. Lagipun, bukankah DAP juga yang melaungkan ‘ubah’? Justeru, kita menyeru DAP agar berubahlah dengan berkata benar. Ada berani?
No comments:
Post a Comment