jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

16/05/2013

Pemimpin Pembangkang Dengan Rasuahnya


Pakatan Rakyat (PR) dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensu pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu.

Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan. 

Melalui NKRA membasmi rasuah, kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama.

Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya, walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi Umno.

Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas.

Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi Umno dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh. Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes, pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan.

Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional, dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara. 

Bagi pembangkang, mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini, tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain. Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak, tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata.

Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing. 

Apabila ada sesetengah pemimpin pembangkang dituduh terlibat dengan gejala rasuah, mereka melenting tak tentu pasal, tetapi sebaliknya menuduh kerajaan pula terlibat dengan rasuah tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah, tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak. Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak, membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...