jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

02/05/2013

Red Bean Army buktikan Pembangkang Takut Dengan Hujah


Red Bean Army nampaknya sudah menemui titik kegagalan selepas empat tahun lebih berhempas pulas untuk membantu DAP bagi menghadapi PRU ini. Cybertroopers  yang merupakan askar upahan DAP untuk mewujudkan sentimen sokongan kononnya majoriti rakyat bersama gerakan pakatan pembangkang dilihat tidak berjaya mencapai sasaran yang diinginkan.

Kerana mengikut hakikat yang sebenar adalah sebaliknya. Tidak seperti yang digembar-gemburkan dan dicanangkan mereka. Kewujudan mereka sebenarnya hanya membuktikan kebaculan mereka untuk berdepan dengan kenyataan dan realiti untuk berpijak di bumi yang nyata.

Hakikat daripada kewujudan Red Bean Army ini hanya membuktikan bahawa pakatan pembangkang takut untuk berdepan dengan hujah. Mereka hanya berani bersembunyi disebalik account palsu (fake user / penguna hantu / ghost cybertroopers) yang sudah sedia ada direka dan dibayar setiap bulan.

Ini dapat dibuktikan setelah melihat dan meneliti kebanyakkan yang memberikan komen terhadap sesuatu yang direka itu adalah merupakan orang yang sama. Tambahan, mereka yang ada ini identitinya boleh dipertikaikan kerana kebanyakan mereka menggunakan identiti yang dikategorikan tidak masuk akal dan merepek.

Mereka ini boleh diibaratkan seperti berada di dalam dunia ciptaan sendiri yang tidak melibatkan orang lain. Sendiri cipta isu, sendiri baca, dan sendiri komen. Memalukan sungguh. Parti yang kononya kuat dan gagah bersuara dan lantang mengkritik rupanya takut untuk berhujah. 

Lebih senang dengan mereka cerita dan fitnah untuk mengukuhkan kedudukan sendiri dengan memburukkan pihak lawan. Sangat tidak beretika dan kedengaran terdesak. 

Mereka ini memang tidak sepatutnya dihormati dan disegani, dari segi kredibiliti dan ketelusan dalam melahirkan peribadi setiap pemimpin pun nampaknya gagal. Lebih lantang bersuara mengkritik orang luar, sedangkan hal dalamn parti sendiri pun sudah terbukti tidak telus. Tidak hairanlah sanggup berhabis duit nak bayar semua bala tentera kacang merah ini. 

Kalau nak difikirkan, daripada mana janaan duit yang didapatkan bagi membayar gaji setiap bala tentera mereka? Tak mungkin semua pemimpin DAP nak derma duit setiap sorang nak bayar gaji kan?

Ha, cuba Red Bean Army kupas sikit mana punca rezeki korang semua ini. Dengar kata dah ramai tentera korang kalau nak diikutkan lamanya korang terbentuk. Cuba cerita sikit asal usul kalian semua ini.

Itu pun kalau berani lah, kalau tak berani tak apalah, duduk rumah diam-diam, main facebook elok-elok ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...