Tidak tahan dengan pelbagai persoalan yang bertali arus dari petugas media, calon Pas untuk pilihanraya kecil DUN Kuala Besut, Azlan @ Endut terpaksa ‘dilarikan’ bagi mengelakkannya bertembung dengan para wartawan yang sedang membuat liputan. Sebelum ini Azlan pernah diarahkan untuk menutup mulut, dari menjawab semua persoalan yang dibangkitkan namun selang 2 hari, arahan itu kemudianya telah ditarik semula.
Namun menurut sumber, Azlan sekali lagi diarahkan untuk mendiamkan diri, kerana sering tersilap menjawab soalan sehingga menimbulkan masalah kepada jentera dan petugas parti. Malah ada kalanya kenyataannnya dilihat semakin menyukarkan gerak kerja dan peluangnya untuk menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN).
Sejak dicalonkan mewakili Pas, Azlan yang diselubungi dengan pelbagai masalah dan sering menjadi tumpuan media bagi mendapatkan penjelasan dan maklumbalas. Dia yang sebelum ini dikaitkan dengan isu ‘samseng jalanan’ kerana dikatakan mempunyai 54 saman yang tertunggak semenjak dari tahun 1999.
Selain dari itu, dia juga dikatakan pernah gagal dalam ujian air kencing dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pas di Kelantan. Ekoran hubungan tersebut, Azlan dikatakan sering mendapat laluan mudah dan dikurniakan dengan pelbagai projek pembangunan yang bernilai jutaan ringgit.
Paling mengemparkan, apabila Azlan dikatakan ingin memberikan tumpuan kepada perniagaannya berbanding berkhidmat kepada rakyat di Kuala Besut. Malah melalui rakaman yang dimuatnaik di dalam Youtubetidak lama dahulu, calon Pas itu turut mengakui akan memberikan semua gaji yang diperolehi kepada wakilnya bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Dalam masa yang sama juga, kenyataan daripada Hanafiah Mat yang mengatakan Che Long sebagai orang baru dalam dunia politik meninggalkan seribu satu pertanyaan di kalangan penyokong PAS sendiri. Di mana adakah keputusan PAS mencalonkan Che Long merupakan pilihan yang tepat atau sebenarnya ia adalah keputusan terdesak mencari calon yang berkelayakan dan hanya Che Long saja calon yang merupakan pilihan akhir?
Orang baru dalam politik memberi gambaran yang luas sebenarnya. Adakah Che Long tidak mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang politik atau adakah Che Long hanya digunakan untuk kepentingan pihak tertentu saja.Persoalan demi persoalan timbul di kalangan penyokong PAS yang melihat kepincangan dari peringkat kepimpinan PAS untuk PRK kali ini.
Ekoran terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan, Azlan akhirnya terpaksa membuat kenyataan melalui rakaman peribadi yang kemudiannya dimuatnaik di dalam laman Youtube.
Paling menarik ada dikalangan petugas media mendapat SMS makluman dari nombor yang tidak dikenali agar mengunakan rakamkan kenyataan tersebut untuk digunakan sebagai laporan berita. Persoalannya dimanakah hak kebebasan media yang sering dilaungkan selama ini oleh pakatan pembangkang?
No comments:
Post a Comment