KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi.
"Saya nafi dengan keras," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my hari ini.
Ahad lepas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.
Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.
"Apapun, itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa," katanya.
Sementera itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan," katanya yang dipetik dalam laman blog dinturtle.blogspot.com
OLEH : IBNU K
Sent from my BlackBerry® smartphone
jentera pas
Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment