jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

27/02/2013

'Haiwankah aku', hanya kerana wang ulil amri


ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?

UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...