jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

18/06/2013

Datuk Norza Pengasas Biro IT Pemuda UMNO Kembali Masuk Gelanggang



Datuk Norza Zakaria sebagai salah seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO bersemangat dalam memperjuangakan dan membuat Pemuda UMNO kelihatan tegas satu masa dulu. Belia juga yang kita kenali sebagai pengasas biro IT Pemuda UMNO Malaysia yang mula-mula sekali membangkitkan berkenaan pengurusan isu membabitkan blogger pro-BN. Kita tak pernah lupa jasa beliau.

Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apa bila didakwa dan dituduh atas politik wang untuk memenangi jawatan dalam pemilihan UMNO. Yang lepas biarlah berlalu namun dalam politik semuanya boleh berlaku. Rakan sekeliling yang kita percaya bagai menatang minyak penuh juga mampu menjadi musuh dalam selimut yang paling bahaya. akibat terlalu percaya kepada rakan sendiri akhirnya Datuk Norza terperangkap dengan permainan yang dicipta oleh rakan seperjuangan.

baca seterusnya: disini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...