jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

31/03/2013

PRU13 milik BN

Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Masakan tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.

Namun mutakhir ini, angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa. Berbanding program Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melonjak sekitar 10-15 ribu.

Mungkin berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain, Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).

Malah sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13. Ia berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.

Terbaru Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam pilihanraya ini. Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.

Contohnya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.

Program tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Menurut pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang, berbanding pakatan pembangkang yang hanya mampu membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa.

Pakatan pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Di Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan raya yang lalu.
Janji tinggal janji.

29/03/2013

13 Pekara Anwar Buat Menjelang PRU13



Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.

Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.

Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya ... sandiwara satu keluarga.

Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.

Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.

Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.

Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.

Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.

Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.

Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.

Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.

Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.

Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.

28/03/2013

Hari Polis Disambut Dengan Kesedihan


Sambutan Hari Polis ke-206 yang diadakan baru-baru ini telah disambut dengan semangat patriotik yang disulam dalam suasana yang penuh kesayuan. Menitis air mata mereka yang hadir pagi itu apabila melihat wajah sayu balu dan waris keluarga yang terkorban hadir menerima kenaikan pangkat bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Suasana bertambah sayu apabila mendengar pendeklamasi membacakan bait-bait puisi bagi mengambarkan pengorbanan para perwira negara yang mempertahankan kedaulatan negara. Malah perasaan itu turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang jelas terpancar kesedihan di wajahnya tatkala bertemu dengan  waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu.

Di dalam perutusan blog 1Malaysia, Datuk Sri Najib turut melahirkan kagum dengan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini.  Malah menurut Perdana Menteri, membesar di rumah bersama ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak, sentiasa membuatkan dirinya sedar dalam menghargai perjuangan pasukan polis sejak zaman darurat sehinggalah kepada insiden 13 Mei.

“… mereka sentiasa menjadi benteng keselamatan kepada kita semua” katanya.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga apabila melihat semangat juang mereka yang bertugas semasa Ops Daulat. 

“Kita juga kagum dengan keberanian lapan anggota serta pegawai PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara” katanya lagi.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Perbarisan pada sambutan itu turut disertai oleh 93 anggota yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat yang diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Bagi meneruskan perjuangan mereka di Sabah, Datuk Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) supaya kestabilan dan keselamatan di Sabah terus dipelihara. Yang mana menerusi inisiatif itu, kerajaan akan dapat memastikan proses pilihan raya yang adil dan bersih tidak digugat di kawasan terbabit.

Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.

Turut menarik perhatian, ialah usaha yang dilakukan oleh pasukan PDRM yang telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya lagi dalam entri bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita'.

Anwar akan buat 13 kejutan menjelang PRU13

26/03/2013

Senarai Calon Didedah


Sumber Dalaman PR Dedah Senarai Calon

Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.


SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

25/03/2013

OPS DAULAT HARI POLIS KE 206

Bersempena dengan sambutan Hari Polis yang ke-206 pada hari ini, kami mempersembahkan video Ops Daulat yang menunjukkan pasukan keselamatan negara melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh-penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Operasi ini telah disusuli pula dengan tindakan "sweeping and mopping" untuk terus mematahkan saki baki pencerobohan di samping terus menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

23/03/2013

Anwar dalam wawancara di Radio BFM


Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke Youtube iaitu wawancara rangkaian radio BFM dengan Anwar Ibrahim pada 1 Mac 2013, http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ctV1v_b9Lrw menyaksikan bagaimana Anwar berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi jawapan kepada soalan mudah yang dikemukakan iaitu “apakah orientasi seks anda?”

Anwar jelas tidak mampu menjawab sama ada beliau lelaki normal iaitu heteroseksual (straight), atau homoseksual atau biseksual secara terus terang.  Sebaliknya, beliau menjawab ala penglipur lara di mana kisah bermula apabila beliau telah difitnah oleh UMNO dan didakwa sebanyak dua kali tetapi ternyata tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya ke atas tuduhan itu.   Sedangkan, hakikatnya, dalam kes pertama, ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau terlibat dalam aktiviti liwat tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan atas sebab mangsa tidak dapat mengingati tarikh dengan tepat.

Anwar kemudian memberitahu bahawa beliau seorang suami dan bapa kepada sebuah keluarga yang bahagia.  Ini juga tidak boleh digunakan sebagai jawapan kerana dalam kebanyakan kes, seorang homoseksual turut mempunyai keluarga yang normal bagi menutup aktiviti songsang mereka.

Jelas sekali si-pengacara juga tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar dan meminta jawapan yang pasti. 

Tetapi Anwar hanya menjawab yang ianya tidak relevan atas alasan kononnya isu tersebut berbangkit kerana propaganda politik UMNO.  Tambahnya lagi, isu orientasi seks seseorang adalah soal peribadi dan jika ingin mendakwa seseorang atas tuduhan tersebut perlu ada bukti konkrit di mana dalam kesnya, tidak ada - kononnya. 

Selain itu, apa yang lebih menarik ialah Anwar juga menegaskan yang beliau tidak mahu mendiskriminasikan golongan songsang.  Nampaknya, sehingga ke akhirnya, selama lebih 2 minit menunggu jawapan untuk soalan mudah itu, si pengacara tetap tidak mendapat jawapan yang pasti dari Anwar. 

Bagaimanapun, Anwar di akhirnya, telah membuat pengakuan bahawa bahawa soalan yang dikemukakan adalah sukar untuk dijawab.

Ini tentulah pelik sekali kerana jika diikuti dari mula, soalan-soalan yang dikemukakan adalah biasa-biasa sahaja iaitu tentang pencerobohan Lahad Datu, isu kad pengenalan di Sabah, isu DEB dan isu homoseksual.  Tiada satu pun isu yang memerlukan analisis, kajian, angka atau fakta tepat kerana ia hanya menyentuh secara umum – sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh Anwar, iaitu menjawab secara umum tanpa kupasan atau perbincangan terperinci.

Secara dasarnya, semuanya merupakan isu yang sedang berbangkit dan menjadi topik perbincangan politik semasa yang mana seorang yang terlibat secara langsung dalam isu-isu tersebut, seperti Anwar, seharusnya merasa selesa membincangkannya kerana mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya. 

Apatah lagi soalan berkenaan orientasi seksnya sendiri.  Mana-mana lelaki Muslim yang normal pasti tersentak dan tercabar untuk mengesahkan secara jelas dan pasti bahawa beliau berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak mungkin mengamalkan seks songsang.

Namun, itulah hakikatnya iaitu Anwar tidak mampu menjawab dengan baik serta menganggap soalan-soalan yang dikemukakan sebagai sukar walaupun di permulaan wawancara menegaskan yang beliau merupakan pelajar lepasan menengah yang cemerlang dan berjaya masuk ke Universiti bukan kerana kuota yang diperuntukkan oleh DEB. 

Entahlah, mungkin Anwar bercakap benar mengenai kelayakannya, tetapi apa yang kita tahu, trend di zaman itu, mereka yang memasuki bidang sastera atau pengajian Melayu seperti Anwar, adalah kerana keputusan HSC mereka  tidak cukup baik untuk melayakkan diri ke bidang lain.   Dalam ertikata lain, antara yang tercorot.   Malah, kita juga tahu bahawa di Universiti, Anwar hanya lulus cukup-cukup makan, itupun setelah beberapa kali mengulang. 

Justeru, tidak hairanlah jika Anwar si-pelajar corot ini, mendapati soalan-soalan biasa tadi sebagai sukar.

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia sanggup menerima seorang yang tidak mampu menjawab soalan mudah dengan baik, sebagai Perdana Menteri?   Mampukah beliau mentadbir dan menangani masalah negara dengan hanya bercakap berbelit-belit dan berpusing-pusing keliling?  Sanggupkah kita, umat Islam sekalian, mengangkat seorang Perdana Menteri yang ‘kurang pasti’ dan ‘tidak suka’ dengan ajaran Islam yang menyatakan amalan LGBT itu berdosa besar, haram dan dilaknat?

22/03/2013

Ada Pengkhianat disebalik Rundingan dengan Puak Sulu

ANWAR PENGKHIANAT RUNDING DENGAN PUAK SULU TENTANG SABAH

Pengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan.

Berlandaskan reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia berterusan.

Tujuannya ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Inilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu.

Sementara Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing, royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang Sabah.

Bukan sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang gencatan senjata diadakan.

Bagaimana segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak pembangkang di negara ini.

Komplot pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah.

Sememangnya Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13 kelak.

Pada permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.

Anwar sebenarnya ingin menjayakan agenda untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri Kristian di tengah-tengah Nusantara.

Seperti pemisahan Timor Timor daripada Indonesia pada 1999, Sabah juga ingin dijadikan salah satu pusat utama Kristian di rantau untuk mengekang pengaruh besar Islam dan kekuatan umat Islam.

Kini Anwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah.

Apabila kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang sebenarnya yang mahu perang berpanjangan.

Pengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi.

Sebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang.

Pembangkang juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap rakyat negara itu.

Namun pembangkang terus menikus dan tidak berkata sepatah pun untuk menunjukkan mereka prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan yang mati terkorban.

Malah pemimpin Pas yang jahil dan kolot bernama Harun Taib pula mempertikaikan status kematian anggota keselamatan yang beragama Islam dengan mengatakan mereka hanyalah 'syahid dunia'.

Bagi mereka hanya Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sahaja yang benar-benar syahid kerana menentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Dengan mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah sandiwara UMNO dan cara kerajaan untuk mengalihkan pandangan daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing, pemimpin PKR seperti Tian Chua sudah pada awal-awal lagi cuba meracun pemikiran rakyat.

Kenyataan itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi adalah sudah dirancang untuk memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara dengan matlamat untuk menurunkan semangat juang mereka.

Strategi Anwar untuk menarik keluar Sabah daripada Malaysia akan memakan dirinya sendiri.

Ini kerana kerajaan sedang dalam proses mengumpul sebanyak mungkin maklumat perisikan untuk membongkar dalang atau pihak yang menggaut keuntungan daripada krisis ini.

Apa yang berlaku di Lahad Datu bukan berlaku secara spontan atau tanpa sebarang motif tetapi adalah rancangan licik yang melibatkan pembangkang, puak pemisah, kesultanan Sulu dan gerakan antarabangsa Zionis-Yahudi.

Kiram dan geng bersenjatanya hanyalah kuda tunggangan yang tidak mempunyai apa-apa nilai tetapi berguna setakat untuk dieksplotasikan kebodohan dan kejahilan mereka.

21/03/2013

Ada pengkhianat Runding Dengan Puak Sulu

Pengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan.

Berlandaskan reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia berterusan.

Tujuannya ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Inilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu.

Sementara Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing, royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang Sabah.

Bukan sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang gencatan senjata diadakan.

Bagaimana segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak pembangkang di negara ini.

Komplot pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah.

Sememangnya Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13 kelak.

Pada permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.

Anwar sebenarnya ingin menjayakan agenda untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri Kristian di tengah-tengah Nusantara.

Seperti pemisahan Timor Timor daripada Indonesia pada 1999, Sabah juga ingin dijadikan salah satu pusat utama Kristian di rantau untuk mengekang pengaruh besar Islam dan kekuatan umat Islam.

Kini Anwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah.

Apabila kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang sebenarnya yang mahu perang berpanjangan.

Pengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi.

Sebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang.

Pembangkang juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap rakyat negara itu.

Namun pembangkang terus menikus dan tidak berkata sepatah pun untuk menunjukkan mereka prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan yang mati terkorban.

Malah pemimpin Pas yang jahil dan kolot bernama Harun Taib pula mempertikaikan status kematian anggota keselamatan yang beragama Islam dengan mengatakan mereka hanyalah 'syahid dunia'.

Bagi mereka hanya Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sahaja yang benar-benar syahid kerana menentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Dengan mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah sandiwara UMNO dan cara kerajaan untuk mengalihkan pandangan daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing, pemimpin PKR seperti Tian Chua sudah pada awal-awal lagi cuba meracun pemikiran rakyat.

Kenyataan itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi adalah sudah dirancang untuk memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara dengan matlamat untuk menurunkan semangat juang mereka.

Strategi Anwar untuk menarik keluar Sabah daripada Malaysia akan memakan dirinya sendiri.

Ini kerana kerajaan sedang dalam proses mengumpul sebanyak mungkin maklumat perisikan untuk membongkar dalang atau pihak yang menggaut keuntungan daripada krisis ini.

Apa yang berlaku di Lahad Datu bukan berlaku secara spontan atau tanpa sebarang motif tetapi adalah rancangan licik yang melibatkan pembangkang, puak pemisah, kesultanan Sulu dan gerakan antarabangsa Zionis-Yahudi.

Kiram dan geng bersenjatanya hanyalah kuda tunggangan yang tidak mempunyai apa-apa nilai tetapi berguna setakat untuk dieksplotasikan kebodohan dan kejahilan mereka.
 

19/03/2013

Dosa Khemah Terbang di Kelantan



KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.
Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.
Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.
Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.
Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.
Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.
n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah.
- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.
Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi.
Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.
n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.
- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.
n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.
- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.
Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.
n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan.
Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.
Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.
n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.
- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian".
Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.
n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.
- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.
Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.
Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.
n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.
- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.
Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.
Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.
Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."
Mengupas 7 Dosa Pembangkang - Utusan

Menghasut dibenarkan oleh Ustaz


Astaghfirullah, ulama tersohor PAS Ustaz Azhar Idrus kini sudah hilang pedoman apabila mengeluarkan ‘fatwa songsang’ dengan menyatakan tidak salah menghasut dibuat untuk tujuan kebaikan. Kenyataan bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim hari ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan.

Jika diamati 'fatwa songsang' pimpinan PAS bukan baharu lagi dalam sejarah susur galur politik  negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan 'fatwa songsang' mengemparkan umat Islam seperti ‘mengundi Pas masuk syurga’ dan  `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN’.

Selain itu antara kenyataan pernah digunapakai pemimpin PAS adalah ‘bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam’, ‘tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundi Pas’ dan sebagainya.

Ia dilihat sebagai satu strategi politik Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS khususnnya menggunapakai pendekatan ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Walaupun kenyataan yang diberikan oleh penceramah bebas itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar. Sebagai contoh sekiranya ingin melakukan dosa, namun niat kita baik maka ia adalah perkara yang dibenarkan.

Para peminat cerita barat, pasti pernah mendengar nama watak Robin Hood, seorang penyamun dan perompak yang diangkat sebagai tokoh kerana membantu orang yang dalam kesusahan. Dari segi moral, benar tindakan tersebut boleh dikatakan terpuji, namun sekiranya berlandaskan hukum ia TETAP berdosa dan satu perbuatan yang tercela. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menguna pakai kaedah 'Matlamat Menghalalkan Cara', kerana ia merupakan salah satu pendekatan ideologi komunis yang jelas bertentangan dengan seruan Islam itu sendiri.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab ‘an-namimah’.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai ‘Ghibah’ iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : 'Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya'

Bertanyalah Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi Muhammad S.A.W : Iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. 

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W ditanya : Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Baginda Rasulullah S.A.W menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya. ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada di samping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar. 

Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.

Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan. 

Sumber rujukan al-Quran dan Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

18/03/2013

PAS Takut Masukan HUDUD Dalam Manifesto PR


Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.
Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya. 

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja. 

16/03/2013

Dendam Kesumat Musa Hitam

Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga.  Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program  'Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.  
Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’. 

Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir.  Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.

Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina.  Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang.  Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain.  Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain. 

Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain.  Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu. 

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga.  Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul.  Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut. 

Namun, itu dulu.  Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu. 

Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan.  Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman.  Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP. 

Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu.  Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu.   Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu.   Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah!   Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.  
Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia.  Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini. 

Justeru, tidak hairanlah mereka sering ‘dihalau’ keluar dari negara ini dan digelar pendatang. 
Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang.  Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini.  Di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama. 

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu?  Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja?  Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka.  Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang.  Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini. 

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.  
Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar.  Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita.  Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya. 

Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi ‘bekas’ rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya  yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia.  

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan. 
Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah.  Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka. 
Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya.  Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan  di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain. 
Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek ‘tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara’, menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut. 
Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut. 
Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri.  Ia menjadi parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya.  Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya.  Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim. 
Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan.  Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti. 
Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka. 
Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain. 
Perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir.  Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam. 
Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR.  Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal. 
Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara. 
Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98.   Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.  
Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana. 
Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja. 

15/03/2013

LAHAD DATU AKAN TERUS DI POLITIKAN


Kenyataan bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas membuktikan dirinya pengkhianat negara.

Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini, Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan nasihat membina.

Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata.

Selepas menyertai PKR baru-baru ini, tindak tanduk serta kenyataan juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang yang rakus, tamakan kuasa serta pangkat, kemungkinan namanya tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR semalam, bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban.

Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.

Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar.

"Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara.

"Kita tidak sepatutnya...arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.

Difahamkan, Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo.

Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban.

Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut.

Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu sebagai 'sandiwara UMNO'.

Polis beri amaran individu hina, persenda pasukan keselamatan negara dikenakan tindakan undang-undang

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Khalid menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. 

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu.

"Ini satu perbuatan yang amat keji. Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Jelasnya, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Susulan itu, Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...