jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

15/01/2013

Mengarut Apabila Bukan Islam guna kalimah Allah - Nik Aziz



Biarpun sebelum ini Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dan senada dengan pemimpin DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, hari ini beliau berubah fikiran dan menyifatkan perkara tersebut sebagai mengarut.

Katanya kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu.

Hairannya setelah ramai Orang Islam bertelagah sesama mereka barulah Nik Aziz mahu buat pengakuan ini. 

Nanti bila depan DAP jangan pula Nik Aziz tidak mengaku yang dia telah buat pengakuan tersebut. Bimbang nanti Nik Aziz akan berkata 'itu bukan saya, saya kurus jer, dalam gambar tu buncit lagipun saya pakai cermin mata'.

Belakang DAP lain depan DAP lain. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...