jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

09/01/2013

PAS BENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH ORANG KRISTIAN


Nampaknya, penganut Kristian di Malaysia bersungguh-sungguh benar ingin menggunakan nama ‘Allah’ dalam kitab-kitab agama mereka seolah-olah tanpa menggunakannya maka ajaran Kristian mereka tidak lengkap dan tidak tepat.  Kita tahu niat sebenar puak-puak ini iaitu untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Melayu Islam di mana mereka yang agak cetek pengetahuan agama pasti mudah menjadi keliru dan akhirnya dimurtadkan apabila melihat nama Allah di dalam risalah dakwah dan kitab-kitab Kristian.  
Kita tidak yakin bahawa taktik kotor ini dibenarkan dalam agama Kristian kerana kita percaya yang semua agama mementingkan ketelusan dan keikhlasan.  Bagaimana seseorang dapat menyatakan dia berada di pihak yang benar dalam soal agama jika cara yang digunakan untuk menyampaikannya adalah licik iaitu cara manipulasi atau penipuan halus.  

Cara kotor ini hanya sesuai dikaitkan dengan politik, bukan agama.  

Justeru, tidak hairanlah yang menjadi juara penyebaran Kristian dengan cara licik iaitu dengan menggunakan injil berbahasa Melayu dan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada ‘Tuhan’ Kristian, adalah parti DAP.  Tidak hairan juga yang ia turut dipersetujui dan disokong oleh PKR, hatta PAS juga, walaupun parti itu kononnya menjadi barisan hadapan atau benteng pertahanan Islam.  

Seharusnya, apabila isu ini timbul, pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia termasuk para Ulama mengambil inisiatif mengajak puak Kristian ke meja perbincangan dan perbahasan ilmiah bagi mencari penyelesaian.   

Memandangkan isu ini telah menjadi isu politik yang hangat, maka adalah lebih afdal bagi PAS sendiri untuk memulakan perbincangan dan perbahasan dengan sekutunya DAP bagi mengenalpasti apakah signifikannya bagi Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam kitab mereka?   

Jika puak Kristian DAP gagal membentangkan alasan yang signifikan, maka jelaslah bahawa isu ini bersifat licik serta wajib ditentang.  Namun, PAS tidak pernah bersemuka dengan DAP untuk memahami alasan mereka tetapi terus sahaja mengeluarkan kenyataan menyokong, kononnya tiada salahnya dalam isu penggunaan nama Allah di dalam kitab agama lain.  

Adalah tidak wajar PAS menyokong perjuangan Kristian DAP ini tanpa terlebih dahulu mengupas tujuannya dan memahami kewajarannya.  

Ini kerana, nama ‘Allah’ tidak digunakan dalam mana-mana kitab Kristian di negara-negara  dengan pengamal agama itu yang paling ramai.  Secara dasarnya, Kristian percaya bahawa Tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu ‘God the Father’ (Tuhan Bapa), ‘God the Son’ (Tuhan Anak) dan ‘Holy Spirit’ (Roh Kudus).    Ketiga-tiga ‘elemen’ ini dirujuk sebagai satu Tuhan dengan panggilan umum, ‘the Lord’.  

Seperti juga Islam, terdapat berbagai mazhab dalam Kristian.  Tiga mazhab utama Kristian ialah Katholik, Eastern Orthodox dan juga Protestant.  

Puak Kristian DAP yang menimbulkan isu kalimah Allah ini adalah dari mazhab Protestant.   Mereka merujuk kepada diri mereka sebagai ‘Evangelist’ iaitu, jika mengikut penerangan Wikipedia, ia bermakna ‘pendakwah’ yang mempunyai misi khas untuk menarik penganut agama lain agar memeluk Kristian.  

Mazhab prostestant juga berpecah kepada beberapa versi yang turut melalui berbagai perubahan dari zaman ke zaman serta berbeza mengikut tempat.  Protestant adalah satu mazhab yang menidakkan pemusatan kuasa ke atas Pope tetapi atas individu sendiri berasaskan ‘keimanannya’ kepada kitab Injil.  

Walaubagaimanapun, asas Kristian tetap sama iaitu berpegang kepada konsep Trinity dan merujuk kepada Tuhan sebagai ‘the Lord’.  Namun, semua Kristian juga memahami bahawa perkataan ‘Abba’ turut merujuk kepada Tuhan kerana ia adalah panggilan Nabi Isa (Jesus) kepada bapanya.  Ini tidak menghairankan kerana ‘bapa’ di dalam bahasa Arab, berbunyi ‘Abi’.   

Nama ‘Allah’ tidak disebut di mana-mana dalam dokumen yang menerangkan Kristian, sekali gus bermakna tiada alasan yang munasabah bagi DAP untuk bermati-matian memperjuangkannya.  

Jelas sekali bahawa isu ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu agenda licik dan berniat jahat semata-mata, dalam usaha DAP untuk mengembangkan agama Kristian.  

Justeru, alasan PAS bahawa parti itu menyokong DAP dalam isu ini selagi nama Allah tidak disalahguna adalah tidak relevan sama sekali kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ia bukan sahaja disalahguna tetapi digunakan dengan niat jahat.  

Dengan itu, sokongan yang PAS tunjukkan terhadap DAP wajar dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap Islam.  Jangan kita lupa bahawa PAS juga yang menghentam kerajaan dalam isu 30,000 kitab injil berbahasa Melayu yang ditahan di pelabuhan tahun 2011 kerana kontroversi kalimah ‘Allah’ di dalamnya.  

Kesimpulannya, PAS adalah kuda tunggangan yang boleh ditunggang terbalikkan sesuka hati oleh DAP untuk mencapai apa sahaja matlamat mereka, termasuk menyebarkan Kristian dan memurtadkan umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...