jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

21/11/2013

PAS Sebabkan Masyarakat Semakin Menjauhi Islam

Mungkin kerana panik dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mengakui parti itu masih gagal mendidik DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh dengan Islam, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dengan segera mengalihkan kesalahan tersebut kepada Umno.

Dia mendakwa kononnya Umno adalah punca masyarakat Melayu dan bukan Melayu menjauhkan diri daripada Islam. Sedangkan pada hakikatnya dia terlupa bahawa parti itu yang sering 'menjual' dan menggunakan agama untuk kepentingan politik. Malah sekiranya diteliti, masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri adalah disebabkan sikap bermuka-muka para pemimpin parti itu yang sering menukar kenyataan dan pendirian mereka setiap kali mengadakan ceramah.

Sebagai contoh, apabila bercakap di hadapan masyarakat Melayu kampung, mereka mengatakan ingin memperjuangkan undang-undang Islam atau hudud, namun apabila bercakap di hadapan masyarakat Cina dan India mereka mengatakan berkata yang sebaliknya dan hanya ingin memperjuangkan negara berkebajikan.

Paling menarik apabila Zailah mengatakan kononnya parti itu melalui kerjasama politik dalam Pakatan mempunyai ruang dakwah yang begitu luas bukan sahaja terhad kepada bangsa Melayu, tetapi juga memberi kefahaman berhubung Islam yang bukan Melayu dan beragama lain selain Islam.

Sedangkan persoalannya ialah, sekiranya betul mereka mempunyai ruang yang cukup luas untuk berdakwah mengapakah Karpal Singh sebelum ini meminta agar parti itu dibubarkan kerana dianggap berbahaya kepada masyarakat?

Itu belum lagi diambil kira pendirian parti itu yang bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible bahasa Melayu sehinggakan ia mendapat bantahan dari kalangan ahli dan penyokong Pas sendiri?

Sedangkan dalam isu ini, ia secara jelas mempunyai maksud yang tersirat dan dikhuatiri akan meningkatkan gejala Murtad di kalangan orang Islam.

Namun isu sebenarnya ialah, benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan 'kalimah ALLAH untuk semua' ? Mereka berdalilkan firman Allah, "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (kaum musyrikin Jahiliyah) siapakah yang telah mencipta langit dan bumi mereka akan berkata Allah." (Luqman: 25)

Di sini perlu difahami bahawa masyarakat Arab Jahiliyah dulu masih mengenali Allah sesuai dengan RububiyahNYA; mereka percaya Allah adalah Pencipta seluruh alam, Pengatur dan Pentadbir serta Pemberi rezeki dan yang menurunkan hujan.

Yang menjadikan mereka tidak beriman adalah kerana menolak tauhid Uluhiyah; yakni menyekutukan Allah dalam ibadah, di samping mereka meminta pada Allah mereka turut menyeru dan bergantung pada selain Allah. Mereka juga enggan bersaksi kerasulan Muhammad SAW.

Pemahaman masyarakat Kristian hari ini tidak meletakkan maksud kalimah Allah pada tempat yang benar, malah meletakkannya pada kedudukan makhluk. Mereka tidak beriman pada Tauhid Rububiyah, jauh sekali pada Uluhiyah dan Asma wa SifatNYA.

Persoalannya ialah, sekiranya kalimah Allah pun gagal dipertahankan oleh Pas disebabkan desakan dan takut hilang sokongan, bagaimanakah masyarakat bukan Islam ingin menghormati Islam yang menjadi agama rasmi di dalam negara ini? Hujah paling mudah, sekiranya parti Islam pun sanggup gadaikan kalimah Allah, maka apa perlunya orang bukan Islam datang untuk memahami ajaran tersebut?

Kesimpulannya, Pas adalah punca sebenar masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri dengan Islam. Ini kerana demi kuasa dan pengaruh politik mereka sanggup menggadaikan apa sahaja walaupun terpaksa mencalarkan imej Islam itu sendiri. Maka kita tidak perlu mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh DAP atau PKR terhadap Pas.

Kalau diulangi pun ia tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada perjalanan politik Pas. Ia memandangkan apa pun berlaku, biarlah maruah mereka 'dipijak' sekali pun, Pas ingin terus kekal atas nama tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR.

Bagi Pas, tidak apa kalau martabat dan maruah mereka dilihat diperlekeh atau perlekehkan oleh kedua-dua parti itu, tetapi jangan Barisan Nasional (BN) atau UMNO yang melakukannya.

Jika UMNO mengkritik atau menegur Pas berhubung sesuatu isu termasuklah berkaitan dengan kepentingan Islam dan orang Melayu, sudah pasti parti itu akan 'diserang' habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Pas termasuklah Dewan Pemuda Pas Pusat dan Dewan Muslimat.

Bagi pemimpin-pemimpin Pas, apa pun PKR dan DAP hendak kata tentang mereka tidak apa kerana itu sekutu politik mereka, sahabat satu selimut biarpun mimpi lain-lain dan teman sekapal biarpun haluan berbeza.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...