Pemilihan pimpinan pusat pada Muktamar Pas ke 59 yang lalu
membawa perubahan positif ke arah perpaduan umat Melayu di negara ini. Walaupun kumpulan Anwarinas masih dilihat sebagi fraksi yang
kuat di dalam parti itu, agenda mereka tidak semestinya akan sentiasa berjaya.Contoh terbaru ialah pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob hari ini.
Perkembangan terkini ini menyebabkan media massa teruja dan
orang Melayu khususnya merasa gembira kerana kemungkinan besar sesuatu yang
menguntungkan dari segi perpaduan umat Islam di negara ini akan terhasil. Pada masa yang sama sekutu Pas, PKR dan Dap sudah tentunya
akan merasa gusar berhubung cadangan pertemuan. Pada satu ketika dahulu ketika Datuk Nik Aziz Nik Mat
menjadi menteri besar merangkap mursyidul am Pas, perkara ini adalah amat
mustahil sekali. Dengan sikapnya yang begitu keras terhadap UMNO dan Barisan
Nasional, setiap usaha unbtuk menemukan pemimpin kedua-dua parti Melayu itu sudah
parti di veto oleh beliau.
Malah beliau pernah berkata untuk meludah muka mana-mana
pihak dalam Pas yang membawa usul bermuzakarah dengan UMNO. Walaulah bergelar ulama dan tak guru tetapi malangnya
beliaulah yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan orang Melayu
ini. UMNO sebagai parti yang memerintah sentiasa bersikap
rasional dan terbuka di dalam isu perpaduan kerana hanya melalui perpaduan
sahajalah bangsa Melayu akan menjadi kuat serta dihormati serta digeruni oleh
kaum-kaum lain.
Tetapi Pas mengambil sikap yang amat berlainan sekali yang
merugikan orang Melayu dan umat Islam.
Nik Aziz menggunakan pengalaman pahit Pas bersama BN pada
1974 hingga 1977 sebagai alasan untuk menuduh UMNO telah menikam belakang parti
itu.
Bagaimanapun kajian sejarah telah menunjukkan bahawa
pemimpin-pemimpin Pas lah yang menyebabkan tahalus siyyasah bersama BN dahulu
terpecah disebabkan tamak haloba mahukan kuasa yang lebih dan jawatan kabinet
yang lebih.
Jika dahulu Allahyarham Tun Razak Hussien selaku perdana
menteri berjaya menyatukan UMNO dan Pas di dalam BN, kini sejarah akan berulang
kembali jika di izinkan Allah swt. Datuk Seri Najib akan meneruskan usaha ayahanda pula untuk
cuba menyambungkan kembali silaturrahim yang sekian lama telah terputus antara
kedua-dua parti. Sebenarnya tidak ada perbezaan antara prinsip serta landasan
perjuangan UMNO dan Pas.
Apa tidaknya, bukankah Pas pada asalnya adalah serpihan
daripada badan induk UMNO? Bukanlah satu keganjilan jika Pas bertaut kembali kepada
UMNO kerana parti itu adalah darah daging dari badan yang sama! Jika Pas sentiasa melaungkan slogan Islam untuk menegakkan
negara Islam, UMNO juga berprinsip untuk mempertahankan Islam. Bezanya perjuangan Pas hanya wujud dalam bentuk retorik
tetapi UMNO melaksanakan program Islamnya secara praktikal dan bukti yang
nyata.
Dari penubuhan Bank Islam pada tahun 1983 sehinggalah kepada
menyamatarafkan status mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, umat Islam telah
menikmati kejayaan UMNO menaikkan syiar Islam di negara ini. Sekarang isu hudud dibangkitkan sekali lagi oleh Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan tetap
melaksanakan hukum syariah di negara ini jika pakatan pembangkang berkuasa.
Ini bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang
dikawal oleh PKR dan Dap yang tidak mahu menyentuh langsung mengenai konsep
Negara Islam yang diperjuangkan Pas. Pas dalam hal ini terpaksa menanggung malu dan berkorban
apabila bersetuju menamakan impiannya selama ini kepada Negara Berkebajikan,
satu anjakan dan perubahan prinsip perjuangan asal yang begitu jauh sekali.
Walaupun Pas meletakkan syarat isu kandungan muzakarah yang
bakal di adakan dengan UMNO dalam masa terdekat tetapi ini adalah satu perkara
kecil yang tidak sepatutnya membantutkan apa sahaja usaha untuk bersatu padu
sesama saudara seagama dan sebangsa.
No comments:
Post a Comment