jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

03/07/2012

Azan Ismail: Sampah PKR Yang Tidak Laku


Penulis agak tersentak bila membaca akhbar semalam mengenai Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR, Azan Ismail yang mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti.  Katanya, habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.

Penulis bukan tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran penulis menjadi kosong bila cuba mengingatkan siapakah Azan Ismail.  Jarang sekali didengar namanya, jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia?  Jika menurut laporan akhbar tersebut, Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti.  Penulis ulangi, BERKUALITI.

Justeru, penulis tertanya-tanya bagaimana pula penulis tidak dapat mengingati seorang pemimpin pembangkang yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin pembangkang yang berkualiti?  Kerana tidak puas hati, penulis pun melayari nama Azan di internet.

Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila beliau telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi.  Lalu, penulis pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab, dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis.

Berita lain mengenai Azan, penulis dapati dari sebuah laman web SuaraKuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya.

 Suka penulis memetik kata-kata rakyat Kuantan di sini:  “Kepada saudara Azan Ismail, kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana. Jika saudara tidak boleh membantu kami, elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tamggungjawab sebagai ahli parlimen…”

Marah benar rakyat kawasannya terhadapnya sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar di mana tak sanggup untuk penulis petikkan kembali di sini.  

Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah beliau telah ditolak oleh partinya sendiri.  Pada 18 Jun lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13.  Alasan yang beliau beri ialah “Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya.”

Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang ‘memuaskan’?

Maka, inikah Azan Ismail yang kononnya ‘berkualiti’ sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti?  Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap, tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan?  

Sebenarnya, Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali.

Pesan penulis, jika Azan ingin bermain tarik tali, tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti.  

Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir.

Justeru, Azan perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku, dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja.  Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...