jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

12/07/2012


Kes Liwat II:  Rancangan ‘Rusuhan 901’ Mungkin Perlu Diteruskan?

Pada 9hb Januari lepas, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya.  Bagi memberi impak yang lebih bermakna, hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’.  Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang.  

Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.

Namun, rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun, semalam pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan yang bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.

Petisyen tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin dengan menyenaraikan sembilan alasan berupa kekhilafan Hakim iaitu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dari segi undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan tersebut.

Petisyen tersebut juga memohon agar Anwar disabitkan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

1.      Hakim Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.   Hakim juga telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pegawai penyiasat dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.



2.      Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan. "Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan," kata pihak pendakwaan.



3.      Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.



4.      Hakim telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.



5.      Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.



6.      Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.



"SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut," kata pihak pendakwaan lagi.



7.      Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.

 
Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.



8.      Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.



9.      Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.



Jika pihak pendakwa berjaya dalam rayuan ini, maka Anwar boleh menerima hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.   Pastinya, ini adalah alasan yang kuat untuk Anwar menggerakkan satu rusuhan mengikut perancangan asal ‘901’.  Mungkin nama ‘901’ perlu diubah memandangkan tarikh tersebut sudah tidak relevan lagi.  



Nampaknya masih ada harapan untuk Anwar menjadi hero dengan cara yang dramatik sepertimana yang diimpikannya selama ini.



Cuma yang perlu diingatkan ialah, jika impian Anwar untuk mencipta huru-hara ini menjadi nyata, masih tidak ada jaminan yang  Anwar akan berjaya bebas mengikut skrip asal yang dibayangkannya iaitu dengan campurtangan asing menobatkannya sebagai pemerintah.  Tidak mustahil huru-hara akan berlaku juga tetapi hanya dalam lingkungan 500m di luar mahkamah dalam tempoh 1 – 2 jam, dan Anwar menjadi hero yang meracau sendirian dari dalam penjara selama 20 tahun yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...