jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

12/07/2012

Pak Lah & Ku Li Tidak Hadir



Macam-macam cara dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menarik perhatian ramai terhadap program mengarut anjuran mereka termasuklah yang terbaru gambar Tun Abdullah dan Tengku Razaleigh Hamzah digunakan oleh PAS untuk mempromosikan Himpunan Oren Anti FGV dengan tujuan mengabui mata khalayak.

Si empunya diri langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk hadir, memandai-mandai pula dimanipulasi gambar kedua-dua tokoh tersebut demi untuk meramaikan hadirin dalam majlis anjuran PAS itu.

Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap penganjur himpunan tersebut sepatutnya berasa malu bila program anjurannya terpaksa menumpang nama dan gambar orang lain.

Alasan kononnya penggunaan gambar Pak lah dan Ku Li sebagai daya tarikan langsung tak boleh diterima akal. Itu namanya alasan yang kebudak-budakan dan menipu.

Kita tahulah tabiat menipu dan membohong sambil lidah berbelit-belit sudah jadi amalan pemimpin PAS sejak tahun 1950-an lagi, tapi kot kalau terdesak sangat pun janganlah sampai ditarik sekali nama orang lain untuk bergelumang dengan penipuan.

Dahlah menipu dan memanipulasi nama dan gambar pemimpin UMNO, himpunan yang kononnya untuk kumpulkan peneroka kini dah jadi himpunan ahli PAS pula bila surat pekeliling dihantar mengarahkan kehadiran ahli dari seluruh peringkat untuk ramaikan majlis.

Nampak sangat majoriti golongan peneroka memboikot himpunan sia-sia tersebut, itu pasal terpaksa dikerah ahli sendiri untuk mengelakkan dari menjadi bahan gelak tawa orang ramai.

Dua kali menipu bermakna bab-bab menipu ini sudah sebati dalam sanubari pemimpin PAS. Satu menipu orang ramai dengan memanipulasi gambar pemimpin UMNO dan kedua menipu masyarakat dengan mengatakan ahli PAS yang akan hadir semuanya peneroka.

Terdesak sangat nak cari laba politik, maka langkah desperado sedemikian rupa diguna pakai, langsung tak menepati ciri-ciri sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Jenis manusia munafik dan perangai macam musyrikin Mekah saling tak tumpah macam perangai Abu Jahal dan Abu Lahab. Patutlah lebih 60 tahun PAS hidup atas muka bumi, hanya kecelakaan dan perpecahan sesama umat Islam saja yang berjaya dibawa oleh PAS.

Laknatullah punya perangai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...