Semalam, Nik Aziz menempelak
pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak terhadap PAS dengan menganggap
kenyataan beliau bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam,
sebagai pandangan lapuk dari seorang mufti.
Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa ‘merusuh untuk
menentang kerajaan adalah haram’, yang terhasil dari kajian 24 ahli
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Kritikan
keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk
menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam
agama Islam.
Masyarakat secara amnya menerima
Nik Aziz sebagai Ulama. PAS pula
menganggap Nik Aziz sebagai jauh mengatasi Ulama-ulama lain iaitu seorang
Mursyid. Nik Aziz dianggap keramat,
wali hatta mampu ‘menerima wahyu’ mengampunkan dosa orang lain. Kononnya, apa yang keluar dari mulut Nik
Aziz pasti menjadi kenyataan. Maka,
apabila Nik Aziz mendoakan agar Tun Dr. Mahathir pecah perut dan pengundi hanya
nampak bulan di kertas undi, seluruh penganut PAS percaya dan tertunggu-tunggu
‘mukjizat’ itu diperlihatkan kepada seluruh manusia.
Namun, Tun Dr. Mahathir kekal
segak bergaya, tajam fikiran, dihormati dan disanjungi di seluruh dunia dan
disambut meriah di mana saja. BN juga
kekal memerintah sehingga kini. Hanya
Nik Aziz yang semakin hari semakin uzur sehinggakan terpaksa disediakan katil
di pejabatnya dan tidak lagi dapat naik tangga.
Nik Aziz juga sudah berkali-kali
bersama dengan penganut PAS mengadakan sembahyang hajat agar Anwar Ibrahim
terpelihara. Namun, apa yang berlaku
adalah sebaliknya. Satu demi satu
skandalnya terbongkar, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya dan kini
khabarnya beliau bergelut mengawal HIV di dalam darahnya. Entah benar entah tidak, bukan masalah kita
tetapi masalah Anwar jua.
Maka, pernahkah kita bertanya,
siapa yang melantik Nik Aziz sebagai Ulama?
Apakah kelayakannya untuk mempertikai fatwa para mufti dan menghukum
pandangan mereka sebagai lapuk? Tidakkah
kita tertanya-tanya kenapa semua doa Nik Aziz tidak diterima tetapi yang
terjadi adalah sebaliknya? Tetapi, kenapa
Nik Aziz di’sembah’ sebegitu rupa? Sudah
sampai masanya rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Nik Aziz bukan
Ulama.
Suatu ketika dahulu, beliau
hanyalah seorang pemuda yang belajar agama di Deobond, India dan kembali ke
Malaysia menjadi guru tadika Kemas sambil mengajar Al-Quran dan memberi
tazkirah dan kuliah agama sebelum menjadi pemimpin PAS. Tetapi ini tidak menjadikan beliau seorang
alim-ulama yakni seorang yang berpengetahuan dan berilmu serta bijaksana. Ini kerana, selama pulangnya dari India
sehingga kini Nik Aziz tidak pernah mengkaji apa-apa, jauh sekali menghasilkan
buku-buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan seluruh dunia.
Justeru, kenapa kita meletakkan
taraf Ulama dengan sebegitu rendah sekali?
Tahukah kita bahawa Ulama di zaman kegemilangan Islam adalah para
saintis, doktor, jurubina, yang menyumbang kepada dunia dan manusia
sejagat? Mereka mencipta, mencari
penyelesaian dan jawapan kepada permasalahan cakerawala – langit, tanah, lautan
dan udara selain manusia.
Kenapakah hari ini, Ulama hanya
dihadkan kepada seorang yang belajar agama, tanpa mengira sumbangannya? Dan kenapakah sumbangan mereka hanya dinilai
dari segi ceramah, dan bukannya hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh
manusia keseluruhan? Kenapakah agama
hanya dihadkan kepada persediaan untuk mati dan bukannya tentang keajaiban
kehidupan?
Dalam kita mentafsirkan kembali
kedudukan Nik Aziz dalam masyarakat, kita juga perlu mentafsirkan kembali siapa
Ulama agar tidak mudah disesatkan oleh Ulama-ulama jahat yang berkeliaran di
seluruh pelusuk dunia, memecahbelahkan dan menyesatkan manusia agar percaya
yang batil itu haq dan yang haq itu batil.
Hari ini diri Nik Aziz semakin
terhina. Beliau digelar dengan berbagai
panggilan buruk. Tiada lagi cakap
berlapik jika ingin mengkritik Nik Aziz.
Tiada lagi rasa hormat walaupun sekadar sebagai seorang yang lebih
tua. Jika Tun Dr. Mahathir dirujuk
sebagai Ayahanda, Nik Aziz pula dirujuk sebagai wali selipar atau barua
Cina.
Walaupun begitu, Nik Aziz masih
berada di alam khayalan kononnya beliau adalah Ulama besar yang dihormati. Ternyata ketaksuban pengikut-pengikutnya
telah menyebabkan beliau tidak lagi berpijak di bumi nyata. Sikap takbur dan riak telah menghindarkannya
dari melihat kebenaran.
Artikel ini bukan berniat untuk
memperlekeh Nik Aziz, tetapi untuk menarik Nik Aziz agar kembali ke bumi nyata
melihat siapa dirinya. Nik Aziz dan Tan
Sri Harussani umpama langit dengan bumi dari segi pengetahuan, pemikiran dan
segala-galanya. Adalah tidak wajar jika
ada di antara kita yang meletakkan pendapat Nik Aziz mengatasi pendapat Tan Sri
Harussani dan mufti-mufti lain.
Sesungguhnya, Nik Aziz adalah
lebih mulia ketika beliau hanya menjadi guru tadika, berbakti kepada anak-anak
kecil dan masyarakat, berbanding sekarang apabila beliau menjadi Menteri Besar
dan Mursyidul Am PAS tetapi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kerosakan
semata-mata
No comments:
Post a Comment