Hukum hudud bukanlah satu
keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS.
Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang
mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...
Kata Hadi, hukum hudud hanya akan
dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat
diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya.
Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak
dilaksanakan.
Banyak pula syarat, dalih dan
alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji
dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun
1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.
Keutamaan dan modus operandi
sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan
pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu
saja. Noktah.
Soal perlaksanaan, prasarana dan
praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar
apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun
lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan
jawatankuasa teknikal.
Itupun sampai sekarang
jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun
untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.
Semasa berkempen di atas pentas
ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum
UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS
bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.
Kita tak lupa Hadi Awang jugalah
yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan
habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh
rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun
bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.
Dan kini Hadi Awang dan PAS
datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat,
bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan.
Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan
gaji minimum pula - perkara yang mereka
tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.
Itulah nawaitu utama PAS bila
mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan
politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa
menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie
semulajadi PAS sejak dulu hingga kini.
Jentera PAS tq to BB
No comments:
Post a Comment