Pembangkang
Bermaharajalela Menipu Rakyat
Isu scorpene ditimbulkan oleh
pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi
sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan
ditabalkan sebagai pengganti beliau.
Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik
sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan
dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.
Seperti yang diketahui,
pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya
Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang
semuanya bersikap memusuhi kerajaan.
Dalam kes scorpene ini,
pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak
mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah
memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam
kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’
kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan
pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba
digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.
Penyelaras Suaram, Cynthia
Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta
Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”
Seperti yang disebut tadi, kita
cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang
ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh
mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri
terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan
negara kepada dunia.
Kos pertahanan negara adalah
sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara
terperinci. Setiap kerajaan di dunia
perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan
negara masing-masing. Jika soal
pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada
bahaya.
Apa yang tidak pernah
disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene
secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.
Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta
dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan
dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan
untuk warga kapal selam.
Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta
dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd
sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal
Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih
kapal selam di Brest, Perancis.
Semua ini tertulis secara
terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.
Merujuk kembali kepada aduan yang
dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada
pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”;
justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta
itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi
perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas
menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta
sahaja dan tiada lebihan.
Secara dasarnya, Perimekar
bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:
1. menyediakan kediaman lengkap bagi 27
keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh
6 tahun.
2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman
lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan
30 staf penyelenggara
pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
3. Membayar elaun harian dan elaun krew
kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga
tahun pertama dan
EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
4. Membiayai kos penerbangan pergi-balik
setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap
empat bulan
sekali.
5. Syarikat ini juga bertanggungjawab
memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan
membantu syarikat
yang berpotensi untuk menyertai program offset.
6. Membantu kontraktor utama berhubung
prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.
7. Menyelaras latihan antara krew,
kontraktor dan kerajaan.
8. Menyediakan laporan koordinasi dan
lain-lain lagi.
Maka, sekali lagi kita ingin
bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata,
bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas? Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta
itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh
Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang
pelik dalam urusniaga ini.
Yang pelik hanyalah tuduhan
Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.
Kesungguhan pihak ini untuk
menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya
sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka
cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang
konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan
persoalan. Dari cakap-cakap kedai kopi
kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan
pembunuhan tersebut?
Dengan RPK sudah pun mengakui
yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan
bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah
rekaan juga.
Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan
pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene
ini. Tidak mustahil kita akan menemui
sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…
No comments:
Post a Comment